Wednesday, April 13, 2011

BAIK DIAM



“ Barangsiapa yang banyak perkataannya nescaya banyak silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyak dosanya, dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”. ( Riwayat Ibn Naim)



Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan.

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya di dalam kelalaian,
Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah? 

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa Kebesaran Tuhan.

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Kadang-kadang dia diam itu,
Kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti mengumpat atau bercakap yang bukan-bukan,
Takut menyakiti hati orang lain.
Atau diam tanda menghormati percakapan orang.

“ Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam itu lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara”.

Rasulullah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud:-
Barangsiapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam” (Riwayat Bukhari& Muslim).

p/s: muhasabah diri saya jugak..renung-renungkan ye rakan-rakan..:)

0 BUDAK COMOT KOMEN:

Post a Comment

Daisypath Friendship tickers